Tuesday, February 22, 2011

titik HItaM dalam keHidUpan KaMI

Hari ini selesai sudah mesyuarat tepat pukul 2.15 petang aku terus balik ke rumah.....tiba di rumah, nasi sudah terhidang....aku pun apalagi terus makan dengan huosemate......yam..yam....sedap betul menu hari ini..nasi putih, ikan masak tiga rasa dan sambal belacan.....sambil menikmati makanan, kami mengulas semula mengenai mesyuarat tadi....apa yang pasti esok waktu pagi PNP tidak berjalan kerana ada latihan merentas desa....selepas waktu rehat, PNP berjalan semula....selesai makan, kami pun menonton tv....tiba-tiba pintu rumah kami diketuk. apabila pintu dibuka, kelihatan pengawal keselamatan sekolah, memberitahu ibubapa pelajar sekian ingin berjumpa dengan cikgu ...........di pondok.

Lebih kurang 20 minit, housemate aku pulang ke rumah dengan keadaan yang agak tegang....aku bertanya dan beliau berkata 3 orang bapa tadi telah memarahinya kerana mencili mata anak mereka...padahal kejadian tersebut tidak pernah berlaku pun....aku saksinnya...perkara sebegini tidak wujud disini....kejam sungguh anak-anak didikan kami...selepas kami berborak, cikgu ........ ke pejabat asrama untuk berjumpa dengan penyelia dan menceritakan apa yang berlaku tadi dan perkara-perkara yang telah berlaku seminggu yang lepas...

Belum reda lagi perkara tadi, tengah asyik kami minum petang, pengawal keselamatan sekali lagi mengetuk pintu rumah kami dan menyatakan ibu-ibu kepada murid tadi ingin berjumpa dengan cikgu.......
perjumpaan kali ini bukan dengan cikgu....... sahaja, aku pun ikut turut serta....bahkan penyelia, warden pun ada sekali....belum sempat lagi kami bertanya, ibu tersebut terus menyerang cikgu......dengan ayat-ayat yang cukup pedas sekali....Adakah itu dinamakan ADAT & TERTIB....memang kaum itu cukup kurang dalam banyak hal....sama seperti anak-anak mereka...memang tiada ADAT...suasana agak tegang.....hampir mencetuskan pergaduhan....nasib baik ada penyelia yang meleraikan.

Saturday, February 19, 2011

SamButan MAULIDURASUL peringkat sekolah


Tepat jam 7.20 pagi, aku ke sekolah lebih awal seperti biasa...al maklumlah hari kan ada SAMBUTAN MAULIDURASUL peringkat sekolah....Sampai di depan pintu pagar sekolah, aku lihat sebahagian murid-murid sudah sampai ke sekolah dengan berpakaian baju melayu pagi pelajar lelaki dan pelajar perempuan berpakaian baju kurung dan bertudung....sangat hemsem dan cantik belaka....macam-macam lagak ada....apabila aku terpandang Koperasi, aku lihat koperasi sudah dibuka ......entah siapa yang bukak aku belum pasti...sampai di depan pintu, aku lihat cikgu razman ada di dalam...rupa-rupanya cikgu razman yang buka koperasi...awal sungguh cikgu razman sampai sekolah.....aku ke pejabat dulu untuk menulis nama menuju semula ke koperasi untuk menolong cikgu razman kerana pelajar menyerbu koperasi....itulah rutin harian guru-guru yang menjaga koperasi....melayan karenah nurid-murid.....
7.45 pagi, loceng berbunyi menandakan pelajar-pelajar perlu berada di tapak perhimpunan untuk acara SAMBUTAN MAULIDURASUL....seperti biasa guru-guru kelas mengambil kedatangan pelajar...setelah selesai, guru-guru kelas mengarahkan pelajar mengambil sepanduk yang telah disiapkan oleh guru-guru....Pelbagai jenis bentuk dan corak sepanduk....semua cantik dan menawan hati juri.....Pertandingan sepanduk juga salah satu acara dalam sambutan ini.



Selepas itu, Pengerusi memulakan acara yang akan dimulakan dengan perarakan mengikut kelas....dimulakan kelas tahun 6 dan akhir sekali pelajar Prasekolah...yang diketuai oleh Ustaz Sajidin untuk memulakan selawat ke atas NABI MUHAMMAD S.A.W.



Usai perarakan, semua pelajar berkumpul di dataran perhimpunan untuk menjamu selera dikantin.....selepas itu, semua pelajar mestilah berada di dewan makan asrama untuk acara pertandingan mewarna bagi tahap 1 dan melukis poster bagi tahap 2 dan juga pertandingan bercerita mengenai MAULIDURASUL......



Selama 1 jam, semua pelajar menghantar hasil kerja mereka.....pelbagai jenis hasil lukisan mereka.....ada yang sudah siap dan ada juga belum siap......walaubagaimana pun keputusan harus dibuat untuk mencari pemenang dalam pertandingan tersebut..Sambil juri meneliti lukisan tersebut, diteruskan dengan pertandingan bercerita yang disampaikan pelajar tahap 2....


Acara yang ditunggu, adalah penyampaian hadiah....dimulakan dengan pertandingan mewarna tahap 1 dan seterusnya melukis tahap 2 dan diikuti pertandingan bercerita tahap 2....
Hadiah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran.....dan acara kemuncak pertandingan Sepanduk Tercantik......Tempat ketiga dimenangi oleh tahun 2 Bestari iaitu cikgu Rose..Tempat kedua Prasekolah cikgu Din dan Tempat Pertama kelas Tahun 2 Arif cikgu Sin.....tidak disangka-sangka hasil perkongsian idea dan penat lelah kami, kami jadi juara.....sungguh seronok.....bertuah nya...inilah hasil aku dan housemate....


Begitu lah acara sambutan MAULIDURASUL di sekolah kami.....aku sangat seronok....walaupun tidak semua pelajar adalah bukan islam....mereka sambut juga....