Sunday, May 29, 2011

perkHEmahan Sekolah Ku

Jumaat yang lalu, sekolah ku menganjurkan satu perkhemahan peringkat sekolah di Kem Sungai Pauh. 2

Tuesday, February 22, 2011

titik HItaM dalam keHidUpan KaMI

Hari ini selesai sudah mesyuarat tepat pukul 2.15 petang aku terus balik ke rumah.....tiba di rumah, nasi sudah terhidang....aku pun apalagi terus makan dengan huosemate......yam..yam....sedap betul menu hari ini..nasi putih, ikan masak tiga rasa dan sambal belacan.....sambil menikmati makanan, kami mengulas semula mengenai mesyuarat tadi....apa yang pasti esok waktu pagi PNP tidak berjalan kerana ada latihan merentas desa....selepas waktu rehat, PNP berjalan semula....selesai makan, kami pun menonton tv....tiba-tiba pintu rumah kami diketuk. apabila pintu dibuka, kelihatan pengawal keselamatan sekolah, memberitahu ibubapa pelajar sekian ingin berjumpa dengan cikgu ...........di pondok.

Lebih kurang 20 minit, housemate aku pulang ke rumah dengan keadaan yang agak tegang....aku bertanya dan beliau berkata 3 orang bapa tadi telah memarahinya kerana mencili mata anak mereka...padahal kejadian tersebut tidak pernah berlaku pun....aku saksinnya...perkara sebegini tidak wujud disini....kejam sungguh anak-anak didikan kami...selepas kami berborak, cikgu ........ ke pejabat asrama untuk berjumpa dengan penyelia dan menceritakan apa yang berlaku tadi dan perkara-perkara yang telah berlaku seminggu yang lepas...

Belum reda lagi perkara tadi, tengah asyik kami minum petang, pengawal keselamatan sekali lagi mengetuk pintu rumah kami dan menyatakan ibu-ibu kepada murid tadi ingin berjumpa dengan cikgu.......
perjumpaan kali ini bukan dengan cikgu....... sahaja, aku pun ikut turut serta....bahkan penyelia, warden pun ada sekali....belum sempat lagi kami bertanya, ibu tersebut terus menyerang cikgu......dengan ayat-ayat yang cukup pedas sekali....Adakah itu dinamakan ADAT & TERTIB....memang kaum itu cukup kurang dalam banyak hal....sama seperti anak-anak mereka...memang tiada ADAT...suasana agak tegang.....hampir mencetuskan pergaduhan....nasib baik ada penyelia yang meleraikan.

Saturday, February 19, 2011

SamButan MAULIDURASUL peringkat sekolah


Tepat jam 7.20 pagi, aku ke sekolah lebih awal seperti biasa...al maklumlah hari kan ada SAMBUTAN MAULIDURASUL peringkat sekolah....Sampai di depan pintu pagar sekolah, aku lihat sebahagian murid-murid sudah sampai ke sekolah dengan berpakaian baju melayu pagi pelajar lelaki dan pelajar perempuan berpakaian baju kurung dan bertudung....sangat hemsem dan cantik belaka....macam-macam lagak ada....apabila aku terpandang Koperasi, aku lihat koperasi sudah dibuka ......entah siapa yang bukak aku belum pasti...sampai di depan pintu, aku lihat cikgu razman ada di dalam...rupa-rupanya cikgu razman yang buka koperasi...awal sungguh cikgu razman sampai sekolah.....aku ke pejabat dulu untuk menulis nama menuju semula ke koperasi untuk menolong cikgu razman kerana pelajar menyerbu koperasi....itulah rutin harian guru-guru yang menjaga koperasi....melayan karenah nurid-murid.....
7.45 pagi, loceng berbunyi menandakan pelajar-pelajar perlu berada di tapak perhimpunan untuk acara SAMBUTAN MAULIDURASUL....seperti biasa guru-guru kelas mengambil kedatangan pelajar...setelah selesai, guru-guru kelas mengarahkan pelajar mengambil sepanduk yang telah disiapkan oleh guru-guru....Pelbagai jenis bentuk dan corak sepanduk....semua cantik dan menawan hati juri.....Pertandingan sepanduk juga salah satu acara dalam sambutan ini.



Selepas itu, Pengerusi memulakan acara yang akan dimulakan dengan perarakan mengikut kelas....dimulakan kelas tahun 6 dan akhir sekali pelajar Prasekolah...yang diketuai oleh Ustaz Sajidin untuk memulakan selawat ke atas NABI MUHAMMAD S.A.W.



Usai perarakan, semua pelajar berkumpul di dataran perhimpunan untuk menjamu selera dikantin.....selepas itu, semua pelajar mestilah berada di dewan makan asrama untuk acara pertandingan mewarna bagi tahap 1 dan melukis poster bagi tahap 2 dan juga pertandingan bercerita mengenai MAULIDURASUL......



Selama 1 jam, semua pelajar menghantar hasil kerja mereka.....pelbagai jenis hasil lukisan mereka.....ada yang sudah siap dan ada juga belum siap......walaubagaimana pun keputusan harus dibuat untuk mencari pemenang dalam pertandingan tersebut..Sambil juri meneliti lukisan tersebut, diteruskan dengan pertandingan bercerita yang disampaikan pelajar tahap 2....


Acara yang ditunggu, adalah penyampaian hadiah....dimulakan dengan pertandingan mewarna tahap 1 dan seterusnya melukis tahap 2 dan diikuti pertandingan bercerita tahap 2....
Hadiah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran.....dan acara kemuncak pertandingan Sepanduk Tercantik......Tempat ketiga dimenangi oleh tahun 2 Bestari iaitu cikgu Rose..Tempat kedua Prasekolah cikgu Din dan Tempat Pertama kelas Tahun 2 Arif cikgu Sin.....tidak disangka-sangka hasil perkongsian idea dan penat lelah kami, kami jadi juara.....sungguh seronok.....bertuah nya...inilah hasil aku dan housemate....


Begitu lah acara sambutan MAULIDURASUL di sekolah kami.....aku sangat seronok....walaupun tidak semua pelajar adalah bukan islam....mereka sambut juga....



Wednesday, January 5, 2011

keNapa Aku DIPERsalahKAn


Baru 3 hari bersekolah, aku rase tidak seronok....baru je azam nk bermula macam2 yang tidak di dengar.....panas je telinga aku nie....sakit je hati nie...rase nk nanguis pun ada...

Tadi tepat pukul 11.15 a.m, ada satu perjumpaan guru-guru dan staf di bilik guru.....masa tuh aku di rumah...tiba-tiba aku dengar nama aku dipanggil "nor,nor" ada meeting kt pejabat.....aku dengan tergesa-gesa melangkah laju menuju ke pejabat.Apabila sampai di pejabat, semua guru dan staf sudah sudah sedia untuk mesyuarat hari tu....aku igt aku lah yang paling lambat...rupanya ada lagi guru yang lambat...terselamat aku....fuhhhh......

Tepat pukul 11.30 a.m, meeting pun bermula...biasa lah perkara utama yang di perkatakan adalah mengenai P&P guru-guru....dan prestasi murid-murid selepas 3 hari bersekolah....selepas bahagian pentadbiran, bahagian HAL EHWAL MURID (HEM) menanti giliran untuk menyampaikan amanat mengenai HEM.....dan selepas itu, Ko-kurkulum.....mengenai takwin koko bagi tahun 2011....

Tiba pulak giliran wakil asrama untuk laporan pelajar-pelajar asrama bagi tahun 2011.....alep membentang laporan asrama sepanjang seminggu persekolahan.....entah macam mana nama aku di sebut dalam mesyuarat...berdebar juga hati aku, bila nama aku diwar-warkan dalam mesyuarat.....yang menyebut nama aku adalah ketua jabatan kami Cikgu Bahar.....terkedu jugak aku...Guru Besar mempersoalkan kenapa aku tidak naik ke pejabat untuk menolong sue dalam kerja-kerja pengkeranian....walhal guru besar sudah tahu bahawa aku bukan pembantu tadbir, aku adalah pembantu pengurusan murid.....dan aku perlu berada di pejabat asrama, bukan pejabat sekolah......itu sepatutnya guru besar bagi tahu pada aku dan dia selaku ketua perlu tahu semua itu....dan tidak memerlukan penjelasan....tapi kenapa aku perlu berada di pejabat sekolah..kenapa...kenapa...kenapaaaaaaaaaaa????berikan aku penjelasannnnnnn............

Apabila keadaan agak tegang, aku terdengar suara2 yang mengata aku, "Nor sudah sombong", "nor berlagak , mentang-mentang sudah dapat APC". macam2 lagi....sedihnyaaaaaaaaaaaaa......rasa nak menangis time2 tu jugak....
Tapi aku harus tabah menghadapi ujian daripadaNYA.......mungkin ada hikmah disebaliknya.....aku REDHA akan kehendakNYA.....

Tapi apa yang membuat aku hairan, sue adalah pembantu tadbir, jadi kenapa perlunya aku di pejabat.....kenapa mereka2 tidak yakin akan kebolehan sue....aku tengok sue tu ok....tidak ada apa2 masalah.....dia boleh buat kerja....hanya yakin dan perlu diberi tunjuk ajar sedikit sahaja....dan aku telah mencurah segala ilmu kepadanya....apa lagiiiiii...................aku fahammmmmmmmmmmmmmmmmmmmm........

Apa2 pun aku perlu tabah dan REDHA menjalani kehidupan di sana.....dan aku berdoa semoga permohonan pertukaran aku dipercepatkan......AMIN.....YARABBAL A'LAMIN....


Sunday, January 2, 2011

esok Mula episod baru persekolahan 2011



sekejap lagi aku ngan kawan2 nk msuk skolah....rase macam malas je nk msuk skolah....almaklum lah cuti skolah aku kje pun msuk lewat pejabat.....jadi sok kena bngun awal dan masuk pejabat sebelum 7.45 a.m...dah lah pagi2 sok ada perhimpunan.Tentu banyak yang nak di perkatakan di tapak perhimpunan sok....oleh GPK2 dan Guru Besar....sama2 lah dengar dan ambik perhatian......

Inilah suasana perhimpunan di SKM....semua plajar2 beratur dengan tertib....tekun mendengar segala hujah yang disampaikan oleh guru2..Semua pengawas menjaga setiap barisan yang telah ditetapkan...

Esok cam ner ntah perhimpunan....tunggu je lah...berdebar jugak nk tggu esok....cam ner pelajar2 baru tahun 1....mestia ada yang menangis, xmau msuk kelas dan macam2 lagak yang ada.....mesti seronok......tgguuuuuu...

Selamat Datang Tahun Baru 2011





Tahun baru 2011 sudah kembali....tinggal lah tahun 2010...banyak kenangan 2010 yang tak dapat aku lupa kan.....jadikan ia satu kenangan abadi yang kekal dalam igatan aku...

WELLCOME 2011

apa AZAM baru aku???ermmmmmm........teruskan hidup yang penuh dengan misi dan visi......
misi dan visi menjadikan asrama SK Menson terus maju dan mencapai maklamat nya...dan membangunkan masyarakat ornag asli setanding dengan masyarakat luar.....insyallahhhh....

aku jugak nak mantap kan keje aku.....nk jaga budak asrama dan nak menceriakan asrama yang semakin suram....tumpukan pada bahagian asrama saja.....xmau bhagian lain... :-) :
aku kena cari idea cam ner nak invite bdak2 asrama supaya stay duk asrama sampai hujung tahun.....ermmmmm???/;':.....kena cari nie....cayokkkkk...